40 Petua Mudah Menjemput Rezeki Yang Tak Disangka-sangka.

Insyallah sama-sama kita amalkan:
  1. Istighfar 1k setiap hari siang dan malam berterusan.
  2. Jaga pasangan anda. Jaga hati dan restu mereka.
  3. Menjauhi dosa terutama ketika bersendirian dengan hand phone.
  4. Memaafkan semua orang bermula sekarang juga secara jujur atau terpaksa. Elakkan dendam kesumat.
  5. Solat dhuha 8-12 rekaat setiap pagi.
  6. Berusaha solat fardhu di awal waktu.
  7. Melazimi solat tahajud. Solat tahajud 8-12 rekaat setiap pagi sebelum subuh.
  8. Setiap malam atau pagi membaca surah al-Waqiaah.
  9. Hari-hari berdoa meminta keredaan Allah kekayaan di akhirat dan dunia.
  10. Cium tangan ibu ayah dan minta restu setiap hari.
  11. Hari-hari bersedekah. Bersedekah setiap pagi sebelum solat subuh.
  12. Elakkan kad kredit kecuali terpaksa.
  13. Elakkan hutang personal loan.
  14. Sentiasa berwuduk sepanjang masa. Ini juga bermakna anda sihat fizikal.
  15. Niat nak bantu semua orang mudah masuh ke syurga hidup selepas meninggal dunia.
  16. Jangan berkira dan beri duit kepada ibu dan ayah.
  17. Segera bayar hutang.
  18. Bantu menyelesaikan masalah pasangan, keluarga, jiran dan rakan yang menerima musibah.
  19. Berselawat sekurang-kurangnya 70 kali setiap hari.
  20. Menghargai dan bersyukur apa yang dimiliki.
  21. Berani membuat keputusan dan bertanggung jawab.
  22. Membersihkan halaman rumah.
  23. Gosok gigi 5 kali sehari.
  24. Buang barang-barang lama yang tak digunakan melebihi setahun. Samada bersedekah dan jual semula.
  25. Menyambung silaturrahim.
  26. Berkahwin bagi bujang.
  27. Elakkan minum air berkarbonat dan gula putih yang banyak dalam minuman.
  28. Segera menunaikan haji dan umrah apabila mampu.
  29. Berpindah ke tempat baru apabila tempat sekarang banyak masalah dengan jiran.
  30. Bersihkan sarang labah-labah di rumah kediaman.
  31. Elakkan menggadai rumah kediaman sendiri untuk dijadikan modal bisnes.
  32. Membeli emas untuk ibu, isteri dan anak perempuan.
  33. Memiliki mesin kangen K8 atau SD501. Seolah-olah anda memiliki mesin ATM di dapur.
  34. Menyimpan sebelum berbelanja walau rm10.00. Menabung 20%-30% daripada pendapatan walaupun kecil sebelum berbelanja.
  35. Falsafah "jangan kejar wang tapi kejar nak bantu orang." Insyallah rezeki datang dari arah yang tak disangka-sangka.
  36. Wajibkan belajar ilmu pengurusan kewangan pribadi. 
  37. Belajar ilmu asas pelaburan saham di bursa sebelum melabur.
  38. Menjemput tetamu ke rumah terutama ahli keluarga terdekat dan welcome. Itu tandanya rumah anda sihat dari gangguan makhluk halus.
  39. Pastikan perut tidak buncit kecuali anda mengandung.
  40. Tepati janji dan temujanji yang dibuat.
dRSalam.


Comments

Popular Posts