21 Petua Praktikal Supaya Jiwa Tenang

Assalaamualaikum dan apa khabar semua? Saya mendoakan anda semua berjiwa tenang hari ini dan setiap hari. Di sini saya sertakan 20 petua spontan secara jujur supaya jiwa menjadi tenang secara istiqamah:
  1. Memaafkan semua orang bermula sekarang juga. Tanpa terkecuali...
  2. Mendoakan kebaikan kepada semua orang terutama ahli keluarga, guru, jiran, rakan-rakan dan client kita di mana jua.
  3. Mulakan sedekah senyuman di awal pagi dan diakhiri sebelum tidur.
  4. Jika anda wanita, mesti pakai emas samada rantai atau cincin atau gelang emas.
  5. Manfaatkan cahaya matahari di waktu dhuha 20-30 minit setiap pagi. Keluar rumah sekejap untuk menikmatinya. Tidak terlepas pandang ye!!
  6. Gunting rambut jika rambut pun tak terurus dengan baik.
  7. Ikhtiar membayar personal loan secepat mungkin atau buat 'standing instruction' dalam bank.
  8. Membaca al-Quran hari-hari walaupun sepuluh ayat.
  9. Beristighfar sekurang2nya 70 kali setiap hari.
  10. Berselawat kepada Nabi S.A.W sekurang2nya 70 kali setiap hari.
  11. Renjis air di sekeliling bilik tidur dan mengelap abuk di meja atau kipas di rumah.
  12. Sekali sekala bilas mandian terakhir anda dengan air yang dicampur dengan sedikit garam bukit atau garam kasar. Selepas 3-5 minit basuh dengan air biasa semula.
  13. Pastikan kereta anda direnjis air secara lawan jam setiap pagi sambil membaca ayat kursi.
  14. Solat taubat dan witir sebelum tidur.
  15. Pejam mata 15-20 minit sebelum waktu zohor.
  16. Minum air kangen 2.5liter - 3 liter setiap hari.
  17. Elakkan air berkarbonat seperti yang ada di pasaran semasa.
  18. Menabung 10-30% daripada anda terutama yang bergaji kecil. Elakkan alasan gaji kecil!!
  19. Bersedekah apabila khasnya apabila rasa tak cukup.
  20. Memaafkan kucing jika anda berdendam dengannya. Ha..ha!!
  21. Menunaikan umrah dan haji di usia muda yang tak disangka-sangka.
Change your water, change your life.






Comments

Popular Posts