Tips Wang Ada Di mana-mana

Rahsia Mudah Mencari Rezeki:
  1. Elakkan memburu wang, sebaliknya beri perkhidmatan yang terbaik... insyallah rezeki akan datang bertali arus. 
  2. Elakkan menggadaikan rumah kediaman kita kepada bank untuk dijadikan modal niaga. Daripada gadai lebih baik jual terus!! Nak niaga... buat part time dulu 2-3 tahun.
  3. Santuni ibu bapa walaupun anda dah kaya.
  4. Hormati pasangan perkahwinan terutama isteri yang pertama anda kahwini. Partner hidup anda.
  5. Wajib ada tabung simpanan. Ikhtiar memiliki tabung besi yang kukuh. Tiada tabung bermakna nafsu anda tiada rantai di leher. Anda tidak bijak dalam pengurusan wang. Wang menjadi liar dengan anda.
  6. Bangun awal, solat tahajud dan minta kepada Tuhan rezeki yang tak terfikir oleh kita.
  7. Hadir ke seminar keusahawanan sekurang2nya 20 kali. Anda akan berjumpa orang yang hebat2.
  8. Delete atau blog no handphone individu yang suka menipu dan menyakiti anda. Maafkanlah mereka dan tak perlu ingat wajah mereka lagi.
  9. Biasakan kemahiran menjual. Ramai orang suka membeli daripada menjual.
  10. Jika kejar wang, wang akan lari daripada kita!!
  11. Elakkan terlalu gemuk. Orang gemuk terlalu banyak kos rawatan diperlukan di hari tua.
  12. Elak daripada suka makan duit orang lain secara menipu. Hidup ini hanya singkat untuk putar belit. Dunia ini kecil, akhirnya kau dikenali orang juga.

Comments

Popular Posts