Petua Rawatan Kendiri Akibat Penyakit Spiritual

  1. Faktor gangguan emosi dan gangguan jin jahat selalu bertindih antara satu sama lain. Terlalu emosi juga boleh mendapat gangguan jin dan sebaliknya.
  2. Di sini disertakan alternatif yang boleh dibuat. Antara langkah awal ialah memaafkan semua orang terutama jiran dan kaum keluarga, ibu bapa, anak-anak dan guru-guru yang mengajar kita. Hati kena bersih, jiwa kena bersih dan pemikiran kena bersih. Maafkan ibu bapa walau pun mereka bersalah.
  3. Amalkan berwuduk, solat taubat dan solat witir sebelum tidur.
  4. Amal budaya sentiasa berwuduk semaksima mungkin.
  5. Elakkan suka menonton filem-filem berkaitan hantu terutama di waktu malam sebelum tidur.
  6. Bersihkan rumah daripada sampah sarap dan barang2 lusuh yang tak digunakan lagi. Singkirkan dan bersihkan. Pastikan tikus tidak bermaharaja lela.
  7. Selalu membaca ayat al-Quran di rumah, di ofis atau di premis kedai sekurang-kurangnya 10 ayat setiap hari.
  8. Amalkan membaca ayat kursi sekurang-kurangnya sekali pagi dan sekali petang atau malam.
  9. Welcome tetamu datang ke rumah. Tetamu datang membawa rezeki dan pulang seperti menarik ular untuk dikeluarkan dari rumah.
  10. Ambil 7 halai daun bidara. Ditumbuk atau blander dicampur dengan air dan diminum 3 taguk.
  11. Membilas selepas mandi dengan dicampur dengan sedikit garam kasar atau garam bukit atau daun bidara
  12. Boleh juga gel mandian bidara seperti produk bidara syifa yang ada di pasaran.
  13. Jumpa dan minta tolong mana2 perawat yang patuh Syariah yang tidak bersahabat atau menggunakan perkhidmatan jin.
  14. Boleh juga menggunakan kaedah berbekam. Seperti berbekam darah atau bekam lintah yang sistematik.
  15. Rawatan dengan bersedekah dengan niat supaya Allah menyembuhkan penyakitnya.
  16. Beristighfar sekerap masa yang mampu.
  17. Banyak berselawat di rumah dan di ofis. Dengan berselawat rahmat Allah akan turun dari langit.
  18. Amal solat tahajud walaupun 2 rekaat setiap malam.
  19. Rawatan dengan berpuasa sunat isnin dan khamis atau pada hari putih setiap bulan.
  20. Boleh juga gunakan kaedah semburan daripada produk rawatan gangguan yang ada di pasaran seperti Yashfien Fatastic,  A'ala Bidara Aromaterapi dan lain-lain.
  21. Disyorkan pasang lampu garam bukit yang ada di pasaran. Atau tabur garam kasar di sekeliling rumah apabila perlu sambil membaca ayat kursi.
  22. Hidupkan solat berjemaah jika tak sempat ke surau atau masjid.
  23. Pastikan bilik anak-anak yang bermasalah di rumah boleh dibersihkan daripada sampah sarap, habuk dan sarang labah2 yang sudah lama bertapak.
  24. Amalkan memakai minyak kesturi seperti kesturi putih, kesturi kijang, kesturi hitam dan lain-lain. 
  25. Amalkan minum air zam-zam dengan niat untuk rawatan.
  26. Amalkan minum air ionser seperti air kangen pH 8.5, 9.0 atau 9.5. 
  27. Kaedah mandian limau purut atau limau nipis pun boleh diamalkan. Tidak bercanggah dengan syariat.
  28. Amalkan membaca al-Quran surah tertentu setiap hari seperti surah Yasin dan al-Mulk.

dRSalam

Comments

Popular Posts