Refleksi Kehidupan Harian Dari Sumber Buku Koleksi Pribadi

dRSalam
  1. Apa yang kita lakukan sendiri adalah terbatas. Apa yang boleh kita lakukan menerusi rangkaian adalah tidak terbatas.
  2. Manusia ditenggelami oleh maklumat tetapi masih kehausan pengetahuan.
  3. Tutup telefon bimbit anda pada waktu-waktu tertentu setiap hari. Hal ini pasti akan menjadikan anda tidak boleh dihubungi. Ia memberikan masa kepada anda untuk melegakan fikiran.
  4. Setiap orang memperolehi terlalu banyak maklumat pada masa sepanjang hari sehingga menjadi mereka kehilangan kewarasan berfikir.
  5. Kita jarang dapat melihat kesalahan orang lain yang kita tidak miliki sendiri.
  6. Berfikiran positif dapat memberikan ketenangan fikiran dengan lebih cepat berbanding sebotol ubat penenang.
  7. Jika sentiasa bersikap tegas, anda tak perlu terburu-buru.
  8. Sesiapa yang mempunyai hutang umpama terperangkap di dalam jaring.
  9. Lebih baik letih daripada bosan.
  10. Orang yang termiskin ialah orang yang tidak mempunyai matlamat, bukanya tidak memiliki wang.

Comments

Popular Posts