22 Tanda Lazim Gangguan Jin

Assalaamualaikum dan selamat sejahtera. Mari kita berselawat kepada Nabi SAW setiap hari terutama hari jumaat. Insyallah banyak rahmat turun kepada kita dan ketenangan akan dinikmati.

Di sini saya senaraikan 20 tanda lazim akibat gangguan jin kafir atau zalim. Ini hanyalah kemungkinan besar sahaja:
  1. Asyik panas baran tiba-tiba tanpa sebab.
  2. Satu keluarga asyik bergaduh sahaja. Perkara kecil pun menjadi punca pergaduhan.
  3. Lupa tiba-tiba tanpa sebab.
  4. Sentiasa mengantuk di waktu maghrib. Lazimnya 6 petang sehingga 9 malam kecuali letih.
  5. Tidak boleh tidur sepanjang malam tanpa sebab.
  6. Mengantuk sepanjang hari tanpa sebab.
  7. Suka sangat berburuk sangka kepada ramai orang.
  8. Penyakit kulit bertahun-tahun tak sembuh. Dah ke klinik dan hospital.
  9. Migrain di waktu tertentu seperti waktu senja atau ketika tiada tetamu datang.
  10. Kanser dalam kes-kes tertentu. Ada juga kes kanser akibat gangguan jin jahat.
  11. Selalu mimpi diserang binatang seperti ular atau makhluk pelik.
  12. Mimpi menyusu bayi.
  13. Bayi sering menangis dari jam 11 malam sehingga 5 pagi.
  14. Selalu menggesel gigi semasa tidur.
  15. Sukar dapat jodoh walaupun sudah bertunang kecuali ada sebab tertentu.
  16. Kadang-kadang ada sakit tanpa sebab. Apabila check di hospital, doktor cakap anda normal.
  17. Sakit tulang belakang tanpa sebab.
  18. Tak boleh control makan banyak sehingga terlalu gemuk. Terutama ayam goreng!!
  19. Rumah dibiar bersepah dan tak suka kemas. Dan suka mengumpat orang lain.
  20. Tidak suka tetamu ziarah di rumahnya.
  21. Takut berjumpa dengan orang lain tanpa sebab.
  22. Tak suka membaca al-Quran dan mendengar ayat al-Quran atau azan.

Change your water, change your life.

dRSalam



Comments

Popular Posts