Refleksi Diri

  1. Maafkan semua orang tanpa terkecuali sebelum tidur. Jiwa yang bersih tidak berdendam.
  2. Ada simpanan dalam tabung simpanan bank 10-30% daripada pendapatan atau gaji bulanan walaupun kecil. Kemahiran mengurus nafsu yang terbaik.
  3. Tidak terlalu gemuk dan tidak terlalu kurus kecuali sakit. Pandai melihat masa depan yang gemilang.
  4. Tidak gemar makan makanan berat di waktu malam. Insyallah individu ini lazimnya suka bangun awal pagi untuk berzikir dan solat malam. Tidur awal dan bangun awal.
  5. Suka menunggu waktu solat 5 kali setiap hari sebelum masuk waktu. Lazimnya individu ini suka menghormati tetamu.
  6. Tidak suka berhutang dengan sesiapa sahaja kecuali darurat kelaparan dan sebagainya. Suka berdikari dan berharap pertolongan Allah.
  7. Tidak agaresif dalam bisnes untuk cepat untung.
  8. Tidak agaresif trade saham hari-hari tanpa modal yang cukup. Matang kontrol emosi.
  9. Segera bayar hutang terutama kepada hutang ibu bapa dan kawan. Semua hutangnya dicatat dan dibuat surat perjanjian untuk membayarnya.
  10. Sentiasa mendampingi ibu bapa di kala tua dan uzur.

Comments

Popular Posts