STEP OUT OF YOUR COMFORT ZONE

 Assalaamualaikum dan selamat sejahtera semua. Apa khabar? Luar biasa baik diharapkan, insyaallah. Di sini saya menyeru dan mengajak anak-anak yang dicintai supaya keluar daripada zon selesa.

  1. Wahai anak, keluarlah daripada zon selesa! Bangunlah awal seawal 5 pagi dan solat subuh berjemaah di masjid atau surau secara berjemaah. Tinggalkan tilam mu yang empuk dan selesa di bilik tidur dan ingat Tuhan!!
  2. Wahai anak, keluarlah daripada zon selesa! Belajarlah sesuatu yang baru pada hari ini atau minggu ini atau bulan ini atau tahun ini. Insyallah engkau menjadi orang yang hebat dan lebih bermakna dalam hidup.
  3. Wahai anak, keluarlah daripada zon selesa! Tidak payah berbangga dengan pangkat dan harta ibu bapa mu. Usahalah dan berdikari mencari rezeki di muka bumi yang luas ini.
  4. Wahai anak, keluarlah daripada zon selesa! bangun dan pergi kerja. Usah tidur lagi di awal pagi! Bekerja walaupun menjadi cleaner atau tukang kebun. Kami berbangga apabila anda bekerja dan keluar di waktu pagi mencari ilmu atau rezeki.
  5. Wahai anak, keluarlah daripada zon selesa! Hargailah ilmu yang diberi oleh guru-guru di sekolah atau luar sekolah. Usah ego dengan kepandaianmu!
  6. Wahai anak, keluarlah daripada zon selesa! Buatlah sesuatu yang berbeza setiap hari dan lebih baik daripada semalam untuk kehidupan mu.
  7. Wahai anak, keluarlah daripada zon selesa! Berani mencuba pendekatan baru untuk hidup. Berani mengguna teknologi terkini demi menambah kualiti hidup.
  8. Wahai anak, keluarlah daripada zon selesa! Beranilah membuat perubahan hidup. Kemas bilik tidurmu agar hidupmu menjadi lebih selesa. Pastikan tiada debu-debu usang yang akan menyerabutkan jiwa mu.
  9. Wahai anak, keluarlah daripada zon selesa! Tak perlu tertekan dengan peristiwa lampau. Maafkan semua orang dan hargai apa yang ada di sekelilingmu. Bersihkan halaman rumahmu. Rumah juga ada jiwa dan perasaan terhadap dirinya. Usah kecewakan kediamanmu yang kamu menginap di dalamnya.
  10. Wahai anak, keluarlah daripada zon selesa! Elakkan minum yang banyak gula putih. "Racun putih" jika banyak digunakan dan perlu dikurangkan. Insyaallah hidup mu akan lebih santai dan tenang. 
  11. Wahai anak, keluarlah daripada zon selesa! berusahalah memiliki mesin ioneser water seperti mesin kangen. Amat bermanfaat kesihatan diri untuk jangka panjang. Pasti akan lebih jimat untuk membayar kos perubatan di klinik dan hospital di hari tua.
  12. Wahai anak, keluarlah daripada zon selesa! belajarlah ilmu pelaburan saham di bursa Malaysia atau luar negara dengan mana-mana sifu saham. Join group mereka. Di situ ada lubuk emas yang berharga. Jangan merendah-rendahkan kepakaran mereka.
dRSalam
011-20979928

Your Comfort Zone May Destroy the World - Shelly Palmer


Tekanan pada diri untuk mencapai kejayaan tidak pernah wujud ...

EdisiViral : Keluar Dari Zon Selesa Kamu, Luaskan Perspektif Diri

Your Love Comfort Zone | 5 Ways to Escape and Find True Love

Change your water
Change your life.


Comments

Popular Posts