TIPS MUDAH DAPAT ZURIAT

dRSalam.

Kisah benar,
"Sudah 10 tahun adik ku kahwin baru dapat anak... alhamdulillah." Yang bestnya kini dah miliki 3 orang anak. Seronok tak jika anda dalam situasi begini?

Kita bahagikan kepada 3 dimensi kenapa belum dapat zuriat:

1. Faktor fizikal seperti benih tak subur.
2. Faktor gangguan jin kepada manusia.
3. Faktor belum ada rezeki.

Antara saranan yang boleh anda lakukan dalam pendekatan holistik:
  1. NIAT. Jika awal perkahwinan atau sebelum berkahwin jangan niat atau jangan merancang untuk tak nak zuriat dalam tempoh 1-2 tahun pertama perkahwinan.
  2. JUMPA PAKAR. Jika 2 tahun belum dapat zuriat, segera ke klinik atau hospital moden jika ada masalah faktor benih tak subur dan lain-lain. Ramai kaum lelaki ego sikit bab ini utk ke hospital... ha..ha!
  3. FADHILAT ISTIGHFAR. Maafkan semua orang dan banyak beristighfar kepada Tuhan. Banyak beristighfar insyallah rezeki akan mengejar kita.
  4. RAHMAT ALLAH. Banyak berselawat kepada Nabi S.A.W. Moga-moga banyak rahmat turun kepada pasangan dan menjadi jiwa lebih tenang.
  5. SAYANGI BAYI. Jika jumpa bayi orang lain, ucap tahniah kepada ibu bapanya dan beri hadiah secara spontan sahaja seperti duit tanda meraikan rezeki yang mereka dapat. Jika berpeluang, dukung dan cium bayi berkenaan tanda sayang. Puji bayi dan doa untuknya.
  6. Usahakan menetap sebumbung rumah untuk 5 tahun pertama usia perkahwinan.
  7. Jika kerap gugur lazimnya akibat gangguan makhluk halus jika period lebih 15 hari. Jumpa pakar ruqyah yang patuh syariah dan minta nasihat.
  8. Kurangkan makan benda-benda masam termasuk jeruk buah-buahan.
  9. Elakkan air berkarbonat atau bergas.
  10. Minta restu ibu bapa dan tidak berdendam kepada mereka walau pun mereka salah atau silap.
  11. Mandi bersama pasangan jika situasi mengizinkan.
  12. Amalkan 7 biji kurma untuk setiap pagi.
  13. Amalkan minum air hujan malam jumaat. Pastikan tiada hujan berasid...
  14. Amalkan minum air zam-zam jika berpeluang menunaikan umrah atau haji.
  15. Amalkan minum air ioneser 3-4 liter setiap hari. Install mesin K8 atau SD501 dari kalangan mesin kangen.
  16. Amalkan kunyit dalam resipi masakan. Boleh juga amal pil ukon dari pati kunyit 5 biji sehari.
  17. Bila bersedekah digalakkan berniat dan berdoa supaya Allah mempermudahkan zuriat yang soleh dan solehah.
  18. Menunai umrah atau haji jika berkemampuan.
  19. Amal solat witir sebelum tidur.
  20. Amal membaca ayat kursi sekurang-kurang sekali pagi dan sekali petang.
  21. Elakkan stress berlebihan.
  22. Belajar memaafkan boss di ofis dan semua orang sebelum tidur.
  23. Ambil anak angkat jika perlu. Anak angkat susuan adalah lebih baik jika kakak atau adik perempuan kita sedang menyusukan.
  24. Bertawakal, berserah dan berharap kepada Tuhan jika rezeki belum tiba. Semuanya itu ada hikmahnya.

Saya mendoakan pembaca blog saya yang belum memiliki zuriat insyallah Allah Taala mempermudahkan. Aamiin.


Comments

Popular Posts