TIPS MENARIK REZEKI

dRSalam.

"Ada orang mudah mendapat rezeki."

"Ada orang mudah cepat kaya!!"

"Ada orang sentiasa sihat... Itu rezeki juga kan."

Ada orang sentiasa cukup tenang... Itu rezeki juga kan."

Ada orang sentiasa senang tidur malam... Itu rezeki juga kan."

Ada orang sentiasa untung dalam bisnes seperti bisnes kangen mesin... Itu rezeki juga kan."

Ada orang sentiasa mudah profit invest dalam saham di bursa Malaysia... Itu rezeki juga kan."

Ada orang sentiasa pendapatnya mudah didengari ramai... Itu rezeki juga kan."

Ada orang sentiasa tenang dalam perjalanan hidup... Itu rezeki juga kan."

Ada orang sentiasa mudah bangun pagi... Itu rezeki juga kan."

Ada orang sentiasa mudah menunai haji dan umrah... Itu rezeki juga kan."

Ada orang sentiasa ceria dan senyum... Itu rezeki juga kan."

Ada orang sentiasa banyak masa untuk solat dan zikir... Itu rezeki juga kan."

Ada orang sentiasa mudah menulis blog yang berguna kepada maayarakat... Itu rezeki juga kan."

Ada orang sentiasa didampingi ramai orang untuk mendengar nasihatnya... Itu rezeki juga kan."

Ada orang sentiasa dihormati oleh jiran-jiran... Itu rezeki juga kan."

Ada orang mudah mendapat jodoh... Itu rezeki juga kan."

Ada orang mudah mendapat zuriat... Itu rezeki juga kan."

Rezeki itu luas ertinya. Banyak wang hanya sebahagian kecil daripada rezeki!!

Antara teknik berkesan mudah mendapat rezeki:

  1. Memaafkan semua orang tanpa terkecuali. Delete nombor handphone orang yang selalu menyakiti anda dalam senarai nama hand phone anda atau block sahaja.
  2. Sentiasa senyum bermula awal pagi setiap hari.
  3. Hormati jiran-jiran di kediaman dan tempat kerja.
  4. Amal solat witir 1 atau 3 rekaat sebelum tidur.
  5. Makan dan minum secara bersopan dan tidak gelojoh. Belajar makan dalam keadaan tenang dan duduk serta berzikir dalam hati.
  6. Hormati ibu bapa dan "rendahkan sayap mu terutama ketika mereka di usia tua". Elakkan ego dan sombong diri.
  7. Usah mengeluh!! Hargai apa yang dimiliki.
  8. Elakkan merungut. Suka merungut wajahnya pun tak hensom!!
  9. Amal solat dhuha setiap hari 2-12 rekaat.
  10. Miliki tabung simpanan di rumah atau bank. 10-30% pendapatan wajib disimpan. Simpan sebelum berbelanja. 
  11. Usah suka menipu walau pun kecil bagi anda.
  12. Renjis bumbung kereta anda setiap pagi dengan air paip secara anti clock wise sambil membaca ayat kursi.
  13. Elakkan minum air yang merbahaya kesihatan seperti air berkarbonat.
  14. Sentiasa kemas dan bersih halaman rumah anda.
  15. Singikir barang2 yang tak pakai lebih setahun dalam rumah, kereta dan ofis anda. Jual atau sedekah atau lupuskan sahaja.
  16. Belajar kemahiran menjual walaupun untung kecil.
  17. Belajar invest dalam saham di bursa Malaysia yang patuh Syariah. Cari sifu yang terbukti berjaya. Mulakan dengan modal ilmu dan pengalaman jual beli saham. Elakkan mengeluh pasal modal wang!!
  18. Miliki mesin kangen yang paling canggih seperti K8 atau SD501. Kenapa? Insyallah akan menjimatkan wang anda untuk ke klinik dan hospital.
  19. Cepat dan usaha berkahwin jika masih bujang. Rezeki akan datang insyallah.
  20. Elakkan menggadaikan rumah yang anda mendiami kepada bank. Lazimnya bermacam mala petaka akan menimpa jika anda berbuat demikan.
  21. Sentiasa pasang lampu garam bukit di rumah jika anda berada di rumah.
  22. Amal bilas terakhir selepas mandi dengan sedikit air yang dicampur dengan sedikit garam kasar atau garam bukit.
  23. Isteri yang pertama kita kahwin dihormati dan dihargai. Hargai sumbangannya.
  24. Hormat bidang kerja orang lain. Tidak meremehkan hasil kerja orang lain. Terutama CEO yang baru menceburi bidang keusahawanan.
  25. Hormati kucing yang mendampingi anda. 
  26. Banyak beritistighfar apabila ditimpa musibah.
  27. Banyak berselawat kepada Nabi S.A.W. di rumah dan tempat kerja dan di mana-mana sahaja.
Selamat Menyambut Hari Merdeka. Bebaskan diri anda daripada kemiskinan jiwa dan minda.


Comments

Popular Posts