25 Tips Mengatasi Kesempitan Hidup

  1. Maafkan semua orang. Block atau delete nombor handphone orang yang menyakitkan hidup anda. Mereka mungkin saudara anda atau kawan rapat anda. Tulisan mereka kadang-kadang adalah racun berbisa.
  2. Bina sikap suka menghargai. Elakkan sikap suka merungut dan kerap kritik.
  3. Banyak dan kerap beristighfar setiap detik. Insyallah jiwa akan menjadi tenang.
  4. Banyak berselawat kepada nabi s.a.w. Mudah-mudahan rahmat turun kepada kita.
  5. Bangun seawal 4 pagi atau 5 pagi dan solat subuh berjemaah di masjid atau surau bagi kaum lelaki. Segera bangun pergi bekerja selepas solat dan berdoa.
  6. Kurangkan minuman yang banyak gula putih di dalam teh, kopi dan lain-lain. Insyallah jimat bil hospital dan klinik.
  7. Elakkan menjadi gemuk dengan mengelakkan air berkarbonat untuk elak gout, kencing manis dan dialisis buah pinggang yang menyusahkan diri dan orang lain.
  8. Amalkan minum air kangen menggantikan teh ais atau milo ais untuk elak ketagihan gula putih.
  9. Maafkan diri sendiri.
  10. Buang ego diri yang tinggi dengan menghargai ibu bapa.
  11. Buang ego diri tinggi dengan membuat kerja amal dengan mana-mana NGO yang serasi dengan anda.
  12. Kerap bersedekah walaupun dengan senyuman ikhlas.
  13. Basuh kereta anda dan buang sampah di dalamnya. Pastikan dalam kereta juga bersih daripada habuk.
  14. Asingkan dan buangkan barang-barang yang tak dipakai lagi dalam rumah selama setahun.
  15. Miliki tabung simpanan pendapatan di rumah atau bank. Pastikan tiada duit syiling terbiar di lantai rumah. Kumpul dalam tabung walaupun 10 sen.
  16. Elak tidur selepas subuh, sebab akan mewarisi sifat bebal dan gigi kuning.
  17. Belajar kemahiran menjual walaupun untung yang kecil. Listkan apa yang boleh dijual.
  18. Belajar kemahiran baru seperti pelaburan saham di bursa Malaysia atau jualan secara online.
  19. Belajar mengurangkan nafsu membeli dengan menyenaraikan apa yang nak dibeli.
  20. Elakkan membawa kad kredit ke hulu ke hilir dalam dompet.
  21. Pergi bekerja dulu dengan syarikat orang lain selama 5-7 tahun sebelum menjadi usahawan.
  22. Mulakan menjadi usahawan sambilan selama 5-7 tahun sebelum menjadi fulltime usahawan.
  23. Bilas mandian dengan air yang dicampur dengan sedikit air yang dicampur dengan sedikit garam bukit atau garam kasar.
  24. Jujur dalam jual beli dan menguruskan kewangan.
  25. Doa: "Ya Allah, jika itu rezeki ku maka kau permudahkanlah. Jika bukan rezeki ku, kau gantilah yang terbaik."
dRSalam
011-20979928

#dunia-ini-luas
#lepaskan-belenggu-hidup-sampahsarap
#tinggalkan-rumah-5kali-sehari
#kangen-water-malaysia

Comments

Popular Posts