Petua Umur Panjang Sihat


dRSalam.

Ini adalah kajian empirikal dan temu ramah dengan warga emas yang panjang usia dan masih sihat. Jika anda fikir betul dan serasi, boleh manfaatkan idea2 ini dan amalkan:

  1. Kurangkan makan makanan berat di waktu malam.
  2. Budaya bangun awal pagi, solat, berdoa dan riadah.
  3. Maafkan semua orang.
  4. Suka menyambung silaturraholim. 
  5. Gemar makan ikan kecil yang segar dengan nasi. Tidak kerap makan ikan besar.
  6. Elak banyak makan daging dan ayam daging kecuali sekali-sekala.
  7. Tiada hutang pribadi.
  8. Suka makan buah-buahan segar  tempatan yang tiada racun.
  9. Suka makan sayur-sayuran tempatan segar yang tiada racun.
  10. Lazimkan kunyit dalam masakan.
  11. Gemar minum air putih. Saya syorkan amal minum air kangen dalam konteks di Malaysia.
  12. Gemar berjalan kaki seperti ke surau atau masjid.
  13. Gemar berbasikal.
  14. Kurangkan makanan segera.
  15. Elakkan air berkarbonat. Antara masalah utama punca sakit ialah kerap minum air berkarbonat yang mula menjadi darah daging anak muda sekarang termasuk ahli sukan.
  16. Kurangkan gula putih dalam teh dan kopi. Ganti dengan gula melaka atau madu.
  17. Hari-hari membaca al-Quran dengan suara yang nyaring.
Bacaan Tambahan:

https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/05/150326/rahsia-manusia-hidup-lama







Comments

Popular Posts