Makan dan Minum dalam Islam

dRSalam
  1.  Formula: "Kuantiti makanan untuk 2 orang cukup untuk 3 orang." Abu Hurairah r.a. melaporkan, Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Makanan untuk 2 orang cukup untuk 3 orang. Dan makanan untuk 3 orang cukup untuk 4 orang." - Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.
  2. Berhenti minum 3 kali untuk bernafas. Ertinya tidak minum sambil bernafas dalam gelas ketika minum.
  3. Boleh minum sambil berdiri tetapi lebih baik sambil duduk.
  4. Orang yang memberi minuman kepada orang lain seeloknya minum akhir sekali.
  5. Tegahan makan sambil bersandar.
  6. Makan bermula dari tepi pinggan. Abdullah bin Abbas r.a melaporkan, Nabi Muhamad S.A.W bersabda yang bermaksud, "Berkat itu turun di bahagian tengah makanan, oleh sebab itu mulakan makan dari bahagian tepi, jangan dari bahagian tengah." Direkod oleh Abu Daud dan Termizi.
  7. Makan tetapi tak kenyang? Apa yang perlu dibua? Formulanya ialah makanlah beramai-ramai dan bacalah bismillah, insyallah makanan itu menjadi berkat.
Sumber: Kitab Riyadus Solihin. Oleh Imam Nawawi r.a.



Comments

Popular Posts