Input Bacaan Buku Pada Hari Ini KUASA INFINITI


dRSalam

  1. "Manusia tidak malas. Mereka hanya mempunyai matlamat yang lemah. Yakni, matlamat yang tidak memberikan inspirasi kepada mereka." Anthony Robbins.
  2. "Jangan  mencari kesalahan, carilah cara untuk memulihkannya." - Henry Ford.
  3. "Selalu lah memberi melebihi daripada apa yang anda sangka akan diterima." 
  4. Masalah dalam kehidupan ialah orang ramai mahukan sesuatu dahulu.
  5. Belajar mengatasi tekanan kewangan. Belajar menabung sebelum berbelanja walaupun pendapatan kecil. Gaji kecil bukan alasan untuk tidak boleh menabung.
  6. Bersedekah 10% daripada gaji anda sebaik sahaja anda mendapatnya. Gaji kecil bukan alasan untuk tidak boleh bersedekah.
  7. Nota: Nak melihat pribadi seseorang, maka lihatlah hutang pribadinya.
  8. Nota: Nak melihat pribadi seseorang, maka lihatlah simpanan tabungan  pribadinya.
  9. Nota: Nak melihat kesihatan seseorang, maka lihatlah apa yang dia minum setiap hari.
  10. Nak melihat pribadi seseorang, maka lihatlah semasa makan bersamanya.
  11. Juru jual yang terbaik ialah mereka yang paling kerap ditolak. Mereka lah orang yang boleh menerima apa saja "tidak" dan menggunakannya sebagai tujahan ke hadapan untuk mencapai "ya".
  12. Anda mesti belajar bagaimana mengatasi kegagalan. Jangan peduli perkara remeh!!
  13. Apabila manusia mempunyai banyak persamaan, mereka berkemungkinan akan menyukai antara satu sama lain.
  14. Manusia akan binasa jika tiada cita-cita.
  15. Berfikir adalah kerja yang paling berat. Itulah kemungkinan sebabnya mengapa tidak ramai yang melakukannya.
  16. Daging mengandungi tahap kandungan asid urik yang tinggi. Kesan kepada mereka yang makan berlebihan daging ialah gout, batu karang dan leukimia.
  17. Asid urik biasanya dikeluarkan melalui kencing. Insyallah jika amal minum air kangen setiap hari, kita mudah buang air kecil. Mudah buang asid urik melalui air kencing.
  18. Sekeping daging secara purata mengandungi 14 grain asid urik. Sedangkan badan kita hanya boleh menyingkirkan kurang lebih 8 grain usid urik sehari.
Pantun penutup:

Bulan ogos bulan merdeka
Ramai orang kini gembira
Moga catatan ini diambil kira
Demi hidup lebih ceria.





Comments

Popular Posts