Psikologi Umur 20an, 40an dan 60an

Catatan ini sekadar renungan bersama dan untuk agenda tindakan orang biasa sahaja. Mungkin serasi dengan sebahagiaan orang dan mungkin tidak. Jika salah, maafkan saya!!

Psikologi Umur 20-39 tahun:
  1. Mencari identiti tersendiri.
  2. Idealistik tinggi.
  3. Semangat hebat.
  4. Ingin mencari pasangan jantina.
  5. Sesuai untuk berkahwin umur 25-30 tahun. Untuk etnik Melayu bagi kaum lelaki elakkan membujang sehingga umur lebih 30 tahun. Ramai yang slow untuk kahwin jika umur melebihi 30an!!
  6. Suka berdikari.
  7. Miliki sijil takaful diri dan family.
  8. Lebih suka pendapat sendiri.
  9. Ceria rumah tangga dan boleh makan bersuap.
  10. Berminat untuk menjelajah ke luar kawasan.
  11. Gigih mencari pendapatan keluarga. Bekerja makan gaji sekurang-kurangnya 4-7 tahun adalah disyorkan.
  12. Sesuai mula menjadi usahawan terutama secara online di era kini.
  13. Berusaha mendekati ilmu pelaburan saham di bursa amat hebat sekali!!
  14. Solat malam perlu dimantapkan.
  15. Jika anak remaja bermasalah psikologi seperti tak nak belajar atau tak keluar rumah atau tak nak bersosial... perlu bersabar, berdoa dan dirawat sehingga umur kurang lebih 26 tahun. Insyallah selepas umur berkenaan dia lazimnya akan matang.

Psikologi Umur 40-59 tahun:
  1. Pemantapan rumah tangga. Ujian rumah tangga bermula di sini. Suami semakin menggatal semula terutama apabila kerap menghadiri event alumini sekolah rendah atau menengah. Isteri jangan biarkan suami bersendirian ke sana... Ha..ha!
  2. Jiwa semakin kental.
  3. Rumah tangga diuji terutama dari sudut seksualiti.
  4. Miliki mesin ioniser water seperti kangen untuk kesihatan terjaga.
  5. Premis rumah kediaman mesti dimiliki walaupun murah.
  6. Umur lebih matang.
  7. Sumber pendapatan lebih mantap.
  8. Jiwa agama mesti kukuh. Solat mesti istiqamah.  Umur Nabi Muhamad S.A.W dilantik menajadi rasul ketika berumur 40 tahun.
  9. Minat dalam pelaburan saham untuk menambah lagi sumber kewangan.
  10. Sesuai menunaikan haji dan umrah.

Psikologi Umur 60an ke atas:
  1. Ingin kedamaian hidup.
  2. Persiapan terakhir untuk bertemu Tuhan.
  3. Uban mula memutih.
  4. Gigi mula jarang.
  5. Rumahtangga diuji sekali lagi.
  6. Suka bersendirian dan tafakur.
  7. Kawan-kawan yang sebaya umur mula berkurangan.
  8. Suka berkawan dengan cucu.
  9. Kewangan sudah mantap.
  10. Pastikan sifar hutang.
  11. Boleh menjadi kaya lagi jika berminat. 
  12. Menjadi sifu kepada pengikut dan orang bawahan.
  13. Zikir dan istighfar perlu diperbanyakkan.
  14. Sedekah dan wakaf dibiasakan.

dRSalam
Freser Hill
Pahang.


Change your water
Change your live.

Comments

Popular Posts