Bila Anak-anak Terlalu Ego, Gunakan Tips Berikut

Super ego adalah penyakit hati yang boleh dirawat. Carilah penawarnya. Perubahan memerlukan masa dan keadaan dan doa ibu bapa.

Tanda-tanda Anak Terlalu Ego:
  • Taasub dengan impian: Melakukan semua perkara seorang diri kerana tak mahu dipandang rendah.
  • Bangga Diri: Gemar menceritkan hal tidak benar untuk menyakinkan dirinya istimewa.
  • Ikut kepala sendiri sahaja.
  • Dahaga perhatian: Contoh buat lawak secara berlebihan atau melampau.
  • Perasaan bagus sehingga suka merendahkan orang lain.
  • Penting diri sendiri: Baginya perasaan orang lain tak perlu dijaga.
  • Cuba memantulkan kesalahan diri kepada orang lain.
  • Sentiasa merasakan dirinya sentiasa betul dan orang lain salah.
  • Tidak boleh menerima sebarang teguran.
  • Tidak suka menerima tetamu Allah.
  • Selalu berwajah serius dan masam. Sehingga anak-anak kecil dan kucing takut kepadanya!!
  • Suka memencilkan diri dalam bilik.
  • Tak suka solat berjemaah.

Teknik-teknik yang boleh diamalkan:
  1. Ibu bapa banyak-banyak beristighfar.
  2. Ibu bapa banyak-banyak berselawat.
  3. Jauhi sifat menghakimi mereka. Individu seperti ini tidak suka dipersalahkan kerana menganggap diri mereka diperkecilkan.
  4. Cara berkomunikasi dengan mereka dengan menggunakan bahasa dan nada yang lembut.
  5. Beri peluang anak-anak bercakap.
  6. Jadi pendengar yang baik.
  7. Individu ini sangat bercita-cita tinggi dan mempunyai dunia mereka tersendiri. Melihat dirinya sahaja yang betul. Belajar cara memahami apa yang mereka sedang fikirkan.
  8. Lembutkan keegoaan dengan menghargai usaha dan pandangan mereka. Lazimnya mereka mahu dihargai.
  9. Biarkan mereka menang.
  10. Cuba elakkan berkata sesuatu yang berkisar mengenai kejayaan anak-anak lain kerana ini sudah pasti dia berasa tercabar.
  11. Disyorkan berusaha memelihara kucing di rumah jika sesuai. Dengan syarat pengurusan najisnya dengan betul dan tidak menyakiti jiran.
  12. Lazimnya anak-anak yang super ego sentiasa stess dan pemarah. Asid tinggi dalam tubuhnya. Disyorkan anda install mesin ioniser water seperti mesin kangen di rumah supaya mereka dapat minum air pH 8.5 sekurang-kurangnya.
  13. Disyorkan mengadakan majlis selawat kepada Nabi S.A.W di rumah. Dengan doa dan rahmat yang turun, mudah-mudahan jiwa anak-anak akan sembuh dari terlalu ego.

Comments

Popular Posts