24 Petua Atasi Gangguan Jin dan Sihir

  1. Maafkan semua orang. Justifikasi, untuk kita bina kekuatan spiritual diri.
  2. Banyak beristigfar setiap detik memohon kemaafan kepada Allah atas dosa-dosa lepas dan akan datang.
  3. Kerap dan banyak berselawat kepada nabi s.a.w.
  4. Hormat dan jaga hati jiran terutama yang memiliki kereta yang banyak di rumahnya di taman perumahan. Jangan sakiti jiran.
  5. Banyak bersedekah dengan niat rawat semua penyakit diri dan keluarga.
  6. Welcome tetamu datang ke rumah. Tetamu datang membawa rezeki dan menarik segala penyakit.
  7. Amal membaca ayat kursi pagi dan petang.
  8. Amal solat berjemaah.
  9. Tidak tidur selepas subuh dan selepas maghrib.
  10. Amal minum air zam-zam.
  11. Kalau tak ada air zam-zam boleh minum air kangen sebagai alternatif 3-4 liter setiap hari.
  12. Amal solat witir sebelum tidur malam.
  13. Amal berwuduk dan membaca ayat kursi sebelum keluar rumah.
  14. Kurangkan menonton tv atau video seram berkaitan jin.
  15. Tumbuk 7 helai daun bidara dicampur air utk diminum setengah gelas.
  16. Mandi dengan air daun bidara yang ditumbuk di waktu petang atau malam hari. Boleh juga menggunakan gel mandian bidara syifa yang telah diproses dan dijual di pasaran.
  17. Amalkan bilasan selepas mandi dengan air yang dicampur sedikit garam kasar.
  18. Amalkan makan madu di awal pagi.
  19. Amalkan makan sirih sehelai pagi dan petang.
  20. Amalkan makan 7 biji kurma terutama kurma ajwa dari Madinah.
  21. Santuni ibu bapa walau pun mereka telah berpisah yang menyakitkan. Maafkan dan tiada dendam tak sudah. Ziarah ibu bapa semampu yang boleh dan minta restu.
  22. Delete atau block nombor handphone individu yang selalu tak puas hati dengan anda. Namun anda memaafkan mereka.
  23. Amalkan membaca ayat pembatal sihir.
  24. Berkahwin jika yang belum berkahwin.
  25. Puasa sunat isnin atau khamis setiap minggu.

dRSalam
011-20979928

30/7/2020

Nota: Tulisan ini diabadikan demi membantu ahli masyarakat yang menderita akibat gangguan sihir atau jin yang tak bertanggungjawab kepada manusia. Pilih mana amalan yang serasi dengan anda. Ini hanyalah sekadar petua daripada sedikit ilmu dan pengalaman yang saya kaji dan miliki. Betulkan jika silap secara baik dan hikmah.


Comments

Popular Posts