Pengaruh Minda Positif Kepada Kesihatan

  1. "Jika kita memegang pemikiran positif kita akan mendapat tindak balas balas positif."
  2. Selalu berfikir apa itu kebahagiaan diri? Apa nikmat kesihatan yang sedang aku miliki?
  3. Pastikan rambut anda digunting rapi ketika dalam keadaan serabut atau stress.
  4. Tulis di atas kertas senarai masalah anda yang dihadapi sebanyak mungkin dan simpan di dalam laci meja selama setahun.
  5. Maafkan semua orang tanpa terkecuali.
  6. Elakkan mengeluarkan kemarahan semasa makan dan minum.
  7. Berselawat kepada nabi dan keluarganya
  8. Selesakan diri anda samada di atas katil atau kerusi.
  9. Setiap kali anda duduk - periksa diri samada sedang berehat atau tidak! Duduk atau berbaring tidak semestinya menunjukkan anda sedang berehat.
  10. Tidak perlu rasa rendah diri. Selagi anda ada nyawa anda tak perlu rendah diri.
  11. Anda boleh melakukan pelbagai perkara jika anda fikirkan anda boleh! 
  12. Pastikan dalam kereta anda bersih tanpa sampah sarap!
  13. Katakan kepada diri anda: "aku khalifah di muka bumi ini. Aku memiliki tubuh yang menakjubkan ciptaan Allah."
  14. Pastikan anda memiliki mesin ioniser water dan berfikir untuk memiliki demi kesihatan jangka panjang.
  15. Bersyukur dengan apa yang anda ada, anda akan mendapat lebih banyak.  Sekiranya anda menumpukan perhatian pada perkara yang tidak anda miliki, anda tidak akan pernah mencukupi.
Sedikit pantun dari saya dRSalam:

Musim covid-19 hampir berlalu
Musim durin pula kini menjelma
Berfikir positif aku merayu
Moga kesihatan kekal selama.

Bangun awal amalan bersama
Solat witir pasti laksana
Berfikiran positif sentiasa utama
Maafkan orang lain hilang durjana.

Saham di bursa seronok bicara
Lubuk wang pelabur bijaksana
Berfikir positif mesti diperkasa
Insyallah sihat dan terus sihat terlaksana.

Comments

Popular Posts