20 Sebab Kenapa Gemuk Berlebihan?

Ini berdasarkan pembacaan, nasihat doktor perubatan dan kesihatan serta pemerhatian secara holistik. Sila pilih 20 sahaja untuk anda:
  1. Banyak makan goreng-goreng yg banyak minyak seperti pisang goreng, cucur udang yg digoreng, mee goreng mamak dll.
  2. Malas aktiviti berjalan untuk ke surau, masjid atau stadium.
  3. Suka makan dalam keadaan terlalu lapar. Selalu tak mimum air 30 minit sebelum makan.
  4. Tak dapat control nafsu. Terlalu ikut nafsu diri. Makan ikut suka hati sahaja dan tak ada prinsip diri.
  5. Suka makan makanan segera seperti burger, hotdog terutama di waktu malam.
  6. Tak suka makan buah. Kedekut nak membeli buah.
  7. Kedekut tenaga untuk tanam sayur-sayuran dengan alasan sibuk.
  8. Suka minum teh ais, teh tarik, sirap dan minuman bergula yang banyak.
  9. Senang dapat duit.
  10. Suka minum air berkarbonat atau bergas tetutama dalam tin dan botol.
  11. Tak takut kena kencing manis.
  12. Tak malu apabila apabila jadi gemuk. Terlalu manjakan diri.
  13. Selalu lambat bangun pagi kecuali ada temujanji untuk dapat habuan dunia. Biasanya solat di hujung waktu. Jarang menunggu waktu solat.
  14. Tak suka minum air sihat seperti air kangen berterusan secara sistematik. Kalau minum pun terus rakus kononnya nak kurus. 
  15. Kerap makan di kedai atau warung bersama teh, kopi, nescafe, sirap, air buah yang banyak gula dan lain-lain.
  16. Tidak suka menabung simpanan. Kalau ada simpanan pun, tak senang duduk... nak belanja juga.
  17. Kurang bersedekah kecuali sekali-sekala apabila depan orang.
  18. Tak suka berpuasa.
  19. Makan dalam keadaan rakus dan gelojoh.
  20. Makan banyak dengan alasan ada air kangen untuk flush semula. Kes ini terutama untuk pemilik mesin kangen yang tak faham falsafah hidup.
  21. Suka makan sambil duduk di depan komputer.
  22. Gemar makan sambil memandu kereta.
  23. Banyak tidur.
  24. Suka bercerita keaiban orang.
  25. Suka menyalahkan orang lain.
  26. Nak cepat kaya secara jalan ringkas tanpa ilmu dan usaha. 
  27. Ego dengan pendapat sendiri.
  28. Suka memandang rendah pandangan orang lain walaupun pengamal perubatan dan kesihatan.
  29. Nak cepat kurus secara drastik. Lepas tu terlebih berat semula.
  30. Kurang amal solat sunat terutama solat dhuha.
  31. Saya mendoakan kita semua sihat dan cergas senantiasa... Insyallah.

Comments

Popular Posts