MISTERI PENYAKIT KULIT

KAJIAN KES:

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA...

"Saya telah menghadapi penyakit kulit yang telah lama dihadapi. Hampir 15 tahun yang lalu!! Sudah puas dirawat di klinik, hospital dan pengubatan komplemantari tradisional. Gatal kulit, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Minta pandangan dan nasihat dari dRSalam pula." Itu antara gaya soalan-soalan yang pernah saya terima dan bantu. Hanya kepada Allah kita berharap kesembuhan.

KOMENTAR DAN SARANAN:
  1. PERSPEKTIF AQIDAH: Pegangan kita ialah kesembuhan penyakit adalah di tangan kekuasaan Allah. Allah Maha Penyembuh dan kita hanya berikhtiar dan bertanya orang yang tahu dalam bidangnya.
  2. PERSPEKTIF KOMPLEMANTARI: Mesti merujuk dahulu kepada klinik dan hospital moden dari sudut saintifik terutama penyakit fizikal seperti penyakit kulit. Tidak menolak perubatan Aloepaty. Semangat kita ialah kolaborasi dan bukan bersaing. Tindakan tuan adalah betul!!
  3. PERSPEKTIF FUNGSI: Kulit merupakan organ manusia yang paling besar terdiri daripada beberapa lapisan. Ia berfungsi sebagai pelindung kepada organ dalaman, otot dan tulang daripada serangan kuman serta kawalan homeostasis (mekanisme kawal atur persekitaran dinamik dalaman).
  4. PERSPEKTIF PUNCA PENYAKIT: Antara punca penyakit kulit seperti berikut:
    • Jangkitan bakteria seperti kudis api dan bisul.
    • Jangkitan virus seperti ketuat dan kayap.
    • Jangkitan fungus (kulat) seperti panau dan kudis buta.
    • Keradangan kulit disebabkan alahan terhadap sesuatu seperti gigitan serangga, ubat-ubatan atau sinar matahari.
    • Masalah genetik.
    • Kanser kulit
    • Masalah hormon seperti jerawat.
  5. PERSPEKTIF GEJALA: Tanda-tanda umum masalah kulit:
    • Bengkak
    • Kegatalan atau miang.
    • Bernanah
    • Bengkak
    • Kesakitan pada kulit
  6. PERSPEKTIF PERUBATAN RUQYAH: Kaedah dan Doa Penyakit Kulit:
    • Penawar Seribu Guna (Surah al-Fatihah)
    • Selawat Syifa'.
    • Selawat Tafrijiyyah.
    • Doa Penghilang Kesakita
    • Rujuk: Haron Din. 2011.Rawatan Penyakit Jasmani (II): Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia. bangi, Selangor.
  7. PERSPEKTIF BAHAN RAWATAN HERBA: Antara kaedah penggunaan bahan rawatan penyakit kulit: Beberapa helai daun belimbing besi diambil. Bilangan daun yang diambil sebaiknya ganjil dan ditumbuk dengan campuran 2 atau 3 biji gambir dan dicampur sedikit air. Bancuh adunan itu kadar tidak terlalu cair seperti krim untuk disapu kepada bahagian kulit yang gatal. Lakukan sapuan adunan untuk beberapa kali sehingga sembuh. Pastikan bahan-bahan di atas diruqyahkan dengan doa-doa seperti yang dinyatakan di atas.
  8. PERSPEKTIF SPIRITUAL: Ada pesakit bertanya... kemungkinan sebahagian penyakit kulit yang kronik sehingga lebih 5 tahun akibat gangguan jin jahat dalam kulit manusia.? Jawapan saya : Ya dan Tidak!! Ini jawapan selamat... ha..ha!
  9. PERSPEKTIF KAJIAN PEMERHATIAN: Berdasarkan pemerhatian saya selama 10 tahun kurang lebih berkaitan penyakit kulit yang terlalu lama akibat gangguan jin jahat adalah seperti berikut: (Catatkan berapa peratus anda memiliki seperti yang saya senaraikan?)
    1. Adakah anda orang yang terlalu panas baran?
    2.  Adakah anda tidak memaafkan semua orang?
    3. Adakah anda bersikap pendendam?
    4. Adakah anda terlalu ego atau super ego?
    5. Adakah waktu maghrib anda selalu mengantuk dari jam 6pm-9pm?
    6. Adakah ramai family anda yang kena penyakit kulit kronik yang sama?
    7. Adakah penyakit gatal di waktu tertentu sahaja seperti waktu petang atau malam sahaja?
    8. Adakah anda selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi?
    9. Adakah anda selalu kancing gigi atau bergesel gigi semasa tidur?
    10. Adakah selalu sakit tulang belakang?
    11. Adakah tidak boleh tidur di waktu malam sehingga 5 pagi?
    12. Adakah family anda selalu panas baran dengan jiran atau sesama sendiri?
  10. PERSPEKTIF KANGEN WATER: Apabila anda kena penyakit kulit kronik anda stresskan? Pasti dalam badan banyak asid!! Gatal, miang, tak boleh tidur malam!! Apa yang boleh kami bantu:
    1. Gunakan spray anti septik pH 2.5 di tempat penyakit kulit untuk mematikan kuman dikulit. 
    2. Spray juga pH 11.5 untuk mencucikan kulit 
    3. Spray juga beauty water pH 5.5 untuk kecantikan kulit
    4. Amalkan minum air pH 8.5, pH 9.0 dan pH 11.5 secara sistematik untuk mengurangkan asid dalam badan dan memudahkan tidur anda.
#penyakitkulit
#dahpuasmerawat
#mesinkangen
#kangenwatermalaysia
#badanberasid

SELAMAT MENCUBA!!

Comments

Popular Posts