KISAH BENAR PERASAAN TAKUT DI RUMAH SENDIRI


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Apa khabar pembaca blog saya hari ini? Saya doakan anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera bersama mesin kangen sebagai mesin minuman resmi harian. Ini antara masalah yang dihadapi oleh rakan saya:
 
Assalaamualaikum apa khabar dRSalam? Di sini saya ada masalah pribadi dan nak minta dRSalam memberi nasihat dan tunjuk ajar. Masalah saya ialah sukar tidur malam dan ada perasaan takut apabila duduk di rumah bersendiriaan. Apa yang perlu saya buat dan minta nasihat?


ULASAN DAN SARANAN:

Alhamdulillah khabar baik. Semoga Allah Taala mengurniakan kebaikan dan kesihatan yang berkekalan. Di sini saya berkongsi ilmu dan sedikit nasihat semoga bermanfaat kepada anda dan rakan pembaca blog saya:

  1. Penyembuhan sesuatu penyakit hanya merujuk kepada Allah Taala sahaja. Kita diwajibkan berikhtiar dan bertawakal. Kepada Allah kita berharap.
  2. Penyakit sebagai ujian daripada Allah Taala kepada hamba-hambanya. Ujian ini dapat mengukuhkan lagi keimanan dan ketakwaan seseorang kepada Allah. Maknanya, perlu sentiasa berfikir positif kepada Allah dan kepada diri sendiri.
  3. Masalah sukar tidur malam yang tuan hadapi itu perlu diatasi segera. Apa puncanya? Perlu pastikan puncanya. Mungkin tuan terlalu stress dengan masalah kewangan? atau masalah di tempat kerja? atau masalah dengan pasangan? atau masalah gangguan jin sihir? atau tuan pendendam kepada seseorang.
  4. Langkah awal ialah tuan perlu memaafkan semua orang tanpa kecuali!! Betapa sakitnya hati ini, maafkan!! maafkan!! maafkan semua orang tanpa TAPI!! Saya percaya masalah sukar tidur malam dapat diatasi 70 peratus dengan memaafkan semua orang tanpa kecuali terutama pesakit darah tinggi dan migrain.
  5. Antara amalan yang boleh tuan/puan lakukan sebelum tidur:
    • Ambil wuduk sebelum tidur
    • Solat taubat 2 rekaat
    • Solat witir 3 rekaat atau 1 rekaat
    • Maafkan semua orang dengan menyebut dengan lisan walaupun terpaksa.
    • Banyak beristighfar setiap hari. Sekurang-kurang 70 kali siang atau malam.
    • Hari-hari membaca al-Quran sekurang-kurangnya 10 ayat.
    • Tambahan: Amalkan minum air ioniser seperti air kangen water pH 8.5 atau pH 9.0 atau pH 9.5 setiap hari 2-5 liter 3 liter setiap hari.
  6. Masalah kedua ialah ada perasaan takut apabila tinggal di rumah sendiri. Persoalannya, adakah anda tinggal seorang diri atau bersama keluarga di rumah itu? Apakah tiba-tiba sahaja wujud perasaan takut. Kadang-kadang bercampur samada masalah psikologi atau gangguan jin jahat? Orang lemah semangat pun selalu menghadapi masalah perasaan takut tanpa sebab. Moga-moga Allah melindungi kita semua daripada penyakit seperti ini. 
  7.  Dari sudut perubatan komplemantari spiritual, gejala gangguan jin jahat apabila penghuninya mendengar suara-suara ghaib atau terlihat kelibat bayangan sesuatu. Ada juga akan menyebabkan bayi atau anak-anak kecil menangis dan diganggu di malam hari. Jika ada unsur gangguan jin berbangsa bunian dan lain-lain, saya syorkan kepada anda:
    • Tidak tinggal bersendirian di rumah jika anda mengadapi masalah seperti ini. Ajak sahabat-sahabat tinggal bersama di rumah anda dan memiliki bilik masing-masing.
    • Setiap hari membaca beberapa ayat terutama daripada surah al-Baqarah.
    • Pastikan rumah bersih daripada barang-barang lama yang tidak dipakai lagi. Tiada serawang labah-labah yang menyerabutkan keadaan dalam rumah.
    • Gunakan kaedah menggunakan air renjis dalam rumah dan kaedah merejam dengan garam kasar di sekeliling luar rumah ikut lawan jam di waktu selepas azan maghrib. Membaca ayat kursi sambil merenjis air dan tabur garam di sekeliling rumah.
    • Kerap bersedekah makanan dan lain-lain kepada jiran-jiran. Tidak menyakiti jiran dan saling hormat-menghormati. 
    • Amalkan membaca ayat kursi sekurang-kurang sekali pagi dan sekali malam atau petang.
    • Bagi wanita yang lemah semangat digalakkan memakai rantai emas atau cincin emas mengikut kemampuan masing-masing.
    • Bagi mereka yang lemah semangat, digalakkan mandian terakhir dengan bilasan air yang dicampur dengan sedikit garam bukit atau garam kasar.
    • Cuba amalkan makan sehelai daun sirih pagi dan petang.
    • Tips yang paling mahal, jangan lupa install mesin kangen jika mampu memilikinya. Dengan mesin ini anda boleh kerap bersedekah air berkualiti tinggi ini untuk diminum kepada jiran-jiran, ahli keluarga, rakan-rakan yang sihat dan sakit.

Semoga perkongsian ilmu dan tips ini membantu menyelesaikan masalah anda dan rakan pembaca blog ini. 

#sukartidurmalam
#gangguankediaman
#kangenwatermalaysia
#perubatankomplemantari
#lemahsemangat
#mesinK8
#mesinSD501

Comments

Popular Posts