Mendoakan Sahabat


Kita digalakkan mengucapkan "selamat tinggal" kepada ahli keluarga dan sahabat apabila hendak meninggalkan mereka seperti hendak musafir atau menunaikan umrah atau menuntut ilmu. 

Umar bin Khattab r.a melaporkan, "Saya meminta izin kepada Rasulullah hendak menunaikan umrah. Beliau mengizinkan lalu berkata, "Janganlah lupa mendoakan kami wahai saudaraku." Dalam rekod lain disebutkan, "Sertailah kami dalam doamu wahai saudaraku!".

Anas melaporkan bahawa ada seorang lelaki datang menemui Rasulullah dan berkata: Wahai utusan Allah, saya hendak musafir. Berilah bekal kepada saya..."

Rasulullah s.a.w berkata, "Semoga Allah memberikan memberikan bekal ketakwaan kepada saudara." Orang itu berkata lagi: Tambahkan doa untuk saya!. Beliau pun berkata: "Semoga Allah memberikan pengampunan kepada saudara." 

Tambah lagi untuk saya. Rasulullah berkata pula: "Semoga Allah memberikan kemudahan kepada saudara mendapat kebaikan di mana sahaja saudara berada." Direkodkan oleh Tarmizi

dRSalam


Change your water, change your life.

Comments

Popular Posts