Puasa Yang diRindui

dRSalam
Pengamal Kangen Water

Tips gaya puasa ramadhan:
  1. Bersahur di awal pagi, bukan sebelum tidur!!
  2. Justeru, keberkatan bersahur yang ditunjukkan dalam hadith ini terbahagi kepada dua jenis keberkatan:Keberkatan Badaniyah: iaitu keberkatan pada sahur tersebut memberikan bekalan nutrien dan tenaga kepada badan serta menguatkan semangat untuk berpuasa, dan menahan diri daripada melakukan perbuatan yang tidak baik disebabkan oleh lapar. Keberkatan Syar'iyyah: iaitu keberkatan dalam mengikut sunnah baginda Rasulullah SAW, mendapat ganjaran dan pahala, penyebab kepada berzikir, berdoa, beristighfar pada waktu sahur yang merupakan waktu yang mustajab doanya.

  3. Berbuka puasa dengan beberapa biji tamar sahaja atau minum air kangen segelas dan terus menunaikan solat maghrib. Selepas solat maghrib (10-15minit) barulah makan makanan lain.
  4. Maafkan semua orang tanpa terkecuali.
  5. Berdoa sebelum berbuka puasa. Antara waktu yang mustajab doa ialah sebelum berbuka pusaa. Disyorkan gunakan masa 30 minit sebelum waktu berbuka kita berdoa dan beristighfar dan berzikir.
  6. Memberi makan kepada orang yang berpuasa terutama kepada jiran-jiran. Di musim musibah virus covid ini... elok kita memperbanyakkan sedekah kepada jiran2 dan keluarga terdekat.
  7. Lipat kali gandakan amalan sunat seperti membaca al-Quran, bersedekah, mencari ilmu dengan online dll di musim civid-19 ini.
  8. Keberkatan bulan Ramadan yang tidak diberikan kepada bulan lain ialah digandakan pahala setiap amal kebajikan. Ibadah fardu diberi pahala sehingga 70 kali ganda, manakala ibadah sunat diberi pahala seperti ibadah fardu.
  9. Kelebihan paling besar bulan Ramadan ialah di dalamnya terdapat malam al-Qadar (kemuliaan) yang dinyatakan keistimewaannya secara khusus oleh Allah SWT dalam surah al-Qadr: "Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam al-Qadar (kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." (Surah al-Qadr, ayat 1-5)
  10. Elakkan melihat smartphone atau apa saja sebarang gadget sebelum tidur, kerana cahaya daripada device-device­ akan membuatkan mata susah untuk tidur. Ha..ha!!!
  11. Tidur qailulah (sekali mimpi shj!! ha..ha) sebelum masuk waktu zohor. Lebih kurang 10-15 minit shj. Niat untuk bangun solat malam dan bersahur. Tidur qailulah untuk mencari kekuatan untuk bangun malam dan solat malam.
Sedikit pantun utk bersama:

Orang kaya tak suka berhutang
Pinjaman pribadi patut dijauhi
Jika ramadhan anda benar sayang
Jom lipat gandakan amalan suci.

Kangen water minuman resmi
Air sihat tak perlu dibeli
Orang berpuasa kita memberi
Insyallah hidup ini pasti dicintai.

Mesin kangen perlu dimiliki
Bukan harga menjadi mentaliti
Bulan Ramadhan hanya sekali
Pastikan amalan tidak tidur pagi.

Era covid-19 dihujung tema
Berdoa siang malam bersama rakan
Moga-moga amalan berpuasa diterima
Kepada Allah Taala kita serahkan.

Nota: Coretan ini ditulis pada hari ke enam berpuasa Ramadahan (rabu). 7am-8am sambil menunggu solat dhuha inyallah. Kepada Allah kita berharap amalan pahala. Maafkan saya jika terdapat salah dan silap.

#puasaramadhan
#covid-19
#gayahidupsihat
#kangenwatermalaysia


Change your water, change your life.

Comments

Popular Posts