Pengalaman Rawatan Kendiri Ulser Mulut

Apa khabar semua? Luar biasa baik, insyallah. Gejala covid 19 masih wujud di seluruh dunia termasuk di negara kita tercinta. Kita masih stay at home. Ikut shj arahan kerajaan. Yang penting kita manfaatkan masa yang ada ini.

Pagi ini saya nak membuat sedikit catatan pribadi saya sendiri mengatasi masalah penderitaan akibat ulser mulut. Kisah benar saya sendiri. Mungkin menjadi panduan kepada yang menderitanya.

Baru-baru ini jiran taman saya seorang pesara menceritakan familynya mengalami masalah asid yang berlebihan dalam perut. Telah diwarisi daripada keturunan. Saya terfikir betulkah dakwaan seperti itu?

Dulu saya menderita masalah kurang lebih 10 tahun!! Aduh... sakitnya. Purata 6-8 lubang mata ikan... itu biasa. Di bibir, di tepi lidah dan di bawah lidah. Lubang besar2 pulak tu!!

Pelbagai ubat dan penawar diguna dan pelbagai pantang larang diberi. Insyallah saya pakar bab ini... ha..ha!! Alhamdulillah kini telah sembuh sepenuhnya kecuali jika tergigit bibir, tapi sekejap sahaja.

Antara rumusan puncanya yang saya dapat:
  • Stress tapi tak mengaku. Hi..hi
  • Asid berlebihan dalam perut.
  • Bibir mulut tergigit semasa makan.
  • Banyak minum air berkarbonat. Contoh... macam2 di pasaran.
  • Suka makan pedas-pedas.
  • Suka makan jeruk.
  • Di mulut masih kurang bersih dari kuman.
  • Kurang riadah melembutkan badan.
  • Cepat emosi.
  • Suka cili api.

Antara ubat yang digunakan:
  • Bonjela
  • Oral Aids
  • Panadol
  • Ubat tahan sakit
  • dan lain-lain

Antara penawar tradisional dan tips lain:
  • kumur dengan air garam
  • kumur dengan cecair lestrine.
  • Cuci gigi dengan arang kayu yang ditumbuk!!
  • Jumpa perawat komplemantari utk diruqyah.
Antara nasihat pengamal perubatan moden dan tradisional semasa kena ulser mulut:
  1. Ke klinik atau hospital jumpa doktor untuk rawatan. Tanya orang yang pakar.
  2. Elakkan makanan berempah seperti kari buat sementara.
  3. Elakkan air berkarbonat buat selama-lamanya.
  4. Amalkan makan sup selalu... tak pedas.
  5. Elakkan gula putih berlebihan dalam minuman.
  6. Riadah dan rekreasi berjadual.
  7. Tutup h/p atau internet selepas jam 11 malam.
  8. Amalkan air kangen pH 8.5 atau pH 9.0 atau 9.5. Minum 3-4 liter setiap hari.
  9. Selalu berkumur dengan air kangen pH 2.5 untuk matikan kuman dalam mulut.
  10. Saya syorkan anda mesti miliki mesin K8 (paling best) atau SD501 untuk diamalkan air sihat setiap hari.
  11. Maafkan semua orang sebelum tidur. Elakkan stres semasa tidur.
  12. Solat taubat dan solat sunat witir sebelum tidur. Tidur nyeyak tanpa stres.
Abdul Salam Yusof


Selamat Mencuba!!

No comments:

Post a comment

Waktu Operasi Kedai Selepas PKP

Assalaamualaikum dan selamat sejahtera. Dimaklumkan waktu terkini...

Popular Posts