Belajar Berfikir Selangkah Kehadapan

dRSalam
  1. Ramai orang lebih suka membaca daripada berfikir kerana ianya lebih mudah.
  2. Bagaimana buta seseorang itu, dia akan sentiasa celik akan kesilapan orang lain.
  3. Kita kurang matang selagi kita berfikir tidak melebihi daripada kebiasaan.
  4. Seseorang itu lebih bergembira samada miskin atau kaya jika dia menemui kegembiraan itu di rumahnya sendiri.
  5. Jangan sesekali membuang masa untuk berfikir tentang orang yang anda tidak suka.
  6. Satu bilik yang penuh dengan gambar adalah satu bilik yang penuh dengan ingatan. Mereka membuat kita berfikir.
  7. Menabung memanjangkan umur dan hutang memendekkan umur. Untuk hidup lama elakkan berhutang terutama personal loan.
  8. Tabiat menyimpan wang merupakan pendidikan terbaik. Ia membentuk kecerdikan berfikir dan berpandangan jauh.
  9. Fikiran positif merupakan sentuhan emas untuk menarik rezeki, kekayaan dan keberkatan hidup.
  10. Bersyukur jika anda seorang yang biasa tetapi mempunyai keazaman dan usaha luar biasa.
  11. Maafkan semua orang, tak perlu fikir lagi tentang kesilapan mereka. Banyak beristighfar sepanjang hari.


Comments

Popular Posts