Bagaimana Rumah Boleh Menjadi Aset Hidup

Apa itu aset hidup? Aset ialah harta bernilai yang dimiliki oleh kita yang digunakan untuk menjalankan aktiviti demi manfaat kehidupan dunia dan akhirat.

10 langkah rumah boleh menjadi aset:
  1. Mewujudkan "taman sayur" di balkoni atau ruang di halaman rumah. Disarankan menanam sayuran hijau untuk dimakan dan membuat pandangan mata lebih tenang.
  2. Menghasilkan landskap bunga terutama oleh kaum wanita. Boleh memilih jenis bunga yang mudah berbunga kelihatan ceria mata memandang.
  3. Wujudkan ruang santai di rumah samada di balkoni atau di halaman. Memanfaatkan ruang yang ada sebagai tempat menenangkan fikiran.
  4. Jangan biarkan rumah kita digari oleh bank. Yakni jangan gadai rumah kediaman kita untuk dijadikan modal niaga!! Jauhi...
  5. Menjadikan rumah tempat belajar secara online. Terutama ilmu pengurusan kewangan pribadi dan perihal aliran tunai pribadi serta ilmu agama.
  6. Berazam berusaha membayar hutang rumah secepat mungkin. Tiada hutang hati senang insyallah!!
  7. Jadikan rumah kosong untuk dijadikan homestay yg boleh menjana pendapatan keluarga.
  8. Memaksimum solat sunat di rumah bagi muslim yang ingin ketenangan dalam hidup.
  9. Banyak membaca al-Quran dan berzikir di rumah terutama di awal pagi.
  10. Sediakan ruang pejabat pribadi di rumah untuk merancang hidup dan refleksi diri dan keluarga.
Always A Step Ahead.

No comments:

Post a comment

Waktu Operasi Kedai Selepas PKP

Assalaamualaikum dan selamat sejahtera. Dimaklumkan waktu terkini...

Popular Posts