Alway A Step Ahead

Apa yang boleh kita lakukan:
  1. Lakukan dengan lebih cepat. Tingkatkan kepantasan bekerja dengan menghasilkan keputusan spesifik lebih awal kepada orang yang menghendaki.
  2. Harapkan yang terbaik. Law of expectation. Kita mengharap lebih berjaya daripada kebiasaan.
  3. Tentukan apa kelebihan kita. Sekiranya kita ingin menarik individu cemerlang  ke dalam hidup, kita mestilah menjadi individu cemerlang.
  4. Semua orang sukakan pujian. Mengambil tahu pencapaiaan yang dicapai oleh seseorang, dan memujinya atas kejayaan itu.
  5. Jadilah pasukan sorak kepada diri sendiri. Biasakan bercakap dengan diri sendiri secara positif. Kemudian berlakon seolah-olah kita adalah individu yang diimpikan. Lakonkankah seperti kita ingin mencuba watak positif, ceria, gembira dan orang yang disenangi apabila kita memiliki mesin kangen.
  6. Kita menjadi seperti apa yang dilihat.  Orang berjaya sering berfikir dan bercakap mengenai perkara yang diinginkan, dilakukan dan dimiliki.
  7. Membuat keputusan yang cepat dan tegas. Orang berjaya mereka membuat keputusan yang jelas dan tidak berbelah bahagi.
  8. Kenal pasti pelanggan utama kita. Majikan kita adalah pelanggan kita. Pastikan majikan kita berpuas hati dengan hasil kerja kita dan siap pada tarikh yang ditetapkan.
  9. Ilmu adalah kuasa. Sertai setiap kursus atau seminar yang kita mampu. Ambil kursus yang paling relevan dan paling dapat membantu kita serta-merta.
  10. Gunakan kuasa minda sepenuhnya. Minda bawah sedar kita berupaya menjadi satu lagi faktor tuah apabila kita mrnggunakannya dengan betul. Apabila kita menetapkan matlamat bertulis dalam minda kita, minda bawah sedar akan bekerja seperti sebuah stesen penjana kuasa yang menjadi daya penarik dan akan menarik apa yang kita tetapkan. Minda ini mempunyai kekuatan luar biasa dan berupaya bekerja selama 24 jam sehari.. Hebat.. Subhanallah!!

Comments

Popular Posts