March 21, 2020

Sukar Tidur Malam

dRSalam
011-20979928

Tidur yang berkualiti dapat merehatkan minda. Dengan tidur dapat menguatkan ingatan, membina semula tenaga dan dapat meningkatkan ketahanan sistem imunisasi.

Insomnia satu istilah merujuk satu keadaan di mana seseorang berasa sukar untuk tidur dengan nyeyak atau berasa seperti tak cukup rehat walau pun tidur yang lama. Pesakit ini kurang aktif dan kurang bertenaga di siang hari.

Antara punca-punca:
  • Berpindah ke tempat baru
  • Pergaduhan dan perceraian suami-isteri
  • Disebabkan mimpi ngeri
  • Masa tidur tidak teratur
  • Kerap tidur lama siang hari
  • Terlalu stress spt bebanan hutang
  • Kehilangan orang yang dikasihi.
  • Banyak dendam dan sukar memaafkan orang lain.
Kaedah Rawatan Kendiri:

  1. Amalkan minum air ioniser spt air kangen pH 8.5 atau pH 9.0 atau pH 9.5.  Kenapa? Jika stress, ia mengurangkan asid berlebihan dalam badan. Jika kolestrol tinggi, air ini mempunyai molekul yang halus iaitu 1/3 kecil drp molekul biasa. Minum 3-4 liter setiap hari kecuali pesakit buah pinggang atau masalah jantung.
  2. Sebelum tidur ambil wuduk dan solat taubat 2 rekaat.  Istigfar 70 kali dan memaafkan semua orang tanpa kecuali.
  3. Solat witir 3 atau 1 rekaat sekurang2nya sebelum tidur.
  4. Elakkan minum air berkarbonat sepanjang hari dan malam. Asid tinggi. 
  5. Elakkan tidur selepas subuh atau selepas asar.
  6. Amalkan membaca 10 kali ulang setiap ayat surah al-ikhlas dan disertai doa kpd Allah agar dipermudahkan tidur.
  7. Baca doa ini...
Alway A Step Ahead
Kepada Allah kita berserah.


No comments:

Post a Comment