Jiwa Tenteram?

Di sini saya listkan macam mana nak dapatkan jiwa tenteram semasa perintah "Stay at Home" di era covid-19:
  1. Maafkan semua orang tanpa kecuali.
  2. Bayangkan dan senyum kepada ibu dan ayah semada masih hidup atau telah meninggal dunia. Berdoa kepada mereka semoga Allah memberi rahmat dan kasih sayang kepada mereka.
  3. Solat fardhu di awal waktu.
  4. Banyak beristighfar sekurang-kurang 100 kali.
  5. Kerap membaca surah al-Quran. Baca mana yang selalu dibaca.
  6. Tidur awal selepas solat isyak dan bangun awal untuk solat malam.
  7. Bersihkan bilik anda daripada sampah sarap dan habuk. Spray dengan air dan lap dengan kain.
  8. Muhasabah diri atas kesilapan diri kepada Tuhan atau manusia.
  9. Bilas mandian dengan air campur dengan sedikit garam kasar selepas mandi. Selepas itu basuh semula dengan air biasa.
  10. Banyak terima kasih kepada anggota badan sendiri yg banyak berjasa. Contoh, sebelum tidur berkata: "Terima kasih kaki", "terima kasih tangan", "terima kasih perut" dan lain-lain.

Comments

Popular Posts