March 27, 2020

Apa Nak Buat Bila Nak Pencen Kerajaan?

dRSalam.

Biasa orang pencen kerajaan apabila berumur 55 tahun sehingga 60 tahun. Bila dah habis duit pencen... jangan bersedih ye!! Perancangan baik... seronok berpencen.. Insyallah. Berapa umur anda sekarang wahai bakal2 pencen kerajaan.

Di sini saya senaraikan 10 nasihat yang boleh dikongsi bersama. Jika betul nasihat ini boleh terima, jika sebaliknya abaikan sahaja:
  1. Bayar hutang personel loan atau kad kredit sampai habis. Lupakan kad kredit, ganti dengan kad debit atau e-wallet shj.
  2. Bayar zakat pendapatan daripada wang durian runtuh selepas pencen.
  3. Tunaikan haji dan umrah jika belum laksanakan lagi. Tak payah beri alasan remeh lagi.
  4. Tak payah berniaga jika sebelum ini tak pernah buat part time berniaga kecuali dengan modal kecil sahaja. 
  5. Elakkan share modal bisnes dengan kawan rapat atau kenalan baru. Banyak kes berlaku kepada jiran2 dan rakan2 saya. Ada yang habis duit pencen lebih RM130k demi kawan sejati yg baru nak buat bisnes.
  6. Lebih baik beli hartanah seperti rumah kediaman yang berpotensi untuk disewakan.
  7. Memiliki mesin ioniser water seperti mesin kangen. Insyallah anda akan lebih sihat dan kurang pergi ke klinik. Anda lebih jimat!!
  8. Pastikan ibu dan bapa dijaga dengan baik. Sara hidup dan peruntukan masa yang lebih utk mereka selagi mereka ada.
  9. Elakkan semaksima mungkin minuman yg bergula putih demi kesihatan.
  10. Manfaatkan masa dengan solat berjemaah, ke surau atau masjid, hadir majlis ilmu. Termasuk rajin hadir seminar2 yang bermanfaat dan minat.




No comments:

Post a Comment