Hidup Tenang... Itu yang ku cari

  1. Belajar maafkan semua orang. Tanpa kecuali...
  2. Selalu berfikir positif.
  3. Banyak memanggil-manggil nama Tuhan.
  4. Senyum bermula di awal pagi.
  5. Banyak berdoa untuk orang lain juga.
  6. Sering menatap wajah ibu dan ayah.
  7. Cepat2 bayar hutang jika ada di tangan atau simpanan bank.
  8. Elakkan dadah.
  9. Kurangkan gula putih.
  10. Sering berterima kasih kepada anggota badan.
  11. Hormati jiran dan berdoa kebaikan untuk mereka.
  12. Banyak beristighfar siang dan malam.
  13. Banyak berselawat kepada nabi dan keluarga baginda.
  14. Isteri yang pertama jaga betul2 dan full respect.
  15.  Terus belajar terutama di hujung minggu jumaat, sabtu dan ahad secara intensif dan berbayar.
  16. Welcome tetamu datang ke rumah dengan sedikit jamuan.
  17. Zero sampah dalam bilik tidur dan dalam kereta.
  18. Bicara yang baik-baik semasa memandu atau makan.
  19. Hargai pemberian atau sumbangan orang lain.
  20. Elak ego tinggi. Belajar cuci bilik air sendiri.
  21. Amal minum air kangen 2.5-4.0 liter setiap hari.
  22. Sering menulis nama orang dengan betul dalam berkomunikasi.
  23. Elak air berkarbonat.
  24. Nak bisnes... jangan gadai rumah kediaman sendiri untuk modal.
  25. Jujur dalam hidup dan berbisnes.

dRSalam
011-20979928

Comments

Popular Posts