November 10, 2019

Bicara Jodoh

dRSalam.
011-20979928.

Bicara Hujung Minggu.

1. Pagi semalam saya didatangi oleh satu family ke KMS Wellness. Family yang agak stabil kehidupan harian. Tiada masalah kronik, cuma sedikit masalah iaitu jodoh belum kesampaian walaupun anak sudah umur 30an. Masalahnya, "bila si perempuan suka, si lelaki tak suka. Apabila si lelaki suka, si perempuan tak suka."

Kami doakan jodoh yang terbaik untuk anak puan.

2. Jodoh di tangan Tuhan. Insyallah kata orang jika ada jodoh, akan bertemu jua. Banyak2 berdoa diketemukan jodoh terbaik dan serasi pasangan. Kepada Allah kita berharap dan bertawakal.

3. Stress bila orang tanya bila nak kahwin. Seolah-olah tak pandai cari jodoh... Katakan: Semoga Allah ketemukan jua dengan pasangan idaman, insyallah. Jangan biarkan orang merendah-rendah psikologi anda.

4. Sepuluh tips nasihat saya:
  • Maafkan semua orang tanpa TAPI!!
  • Solat taubat 2 rekaat sebelum tidur. Mungkin ada orang berkecil hati sebab lamarannya ditolak.
  • Solat witir 1 atau 3 rekaat sebelum tidur.
  • Banyak2 beristighfar setiap hari dan setiap malam.
  • Banyakkan senyuman terutama di awal pagi dan sebelum tidur.
  • Spray beauty water ke wajah anda agar tiada jerawat dan jeragat.
  • Banyak menghargai dan memuji orang secara spontan apabila orang menolong anda.
  • Jika ada fb... Delete gambar-gambar tak sopan dan kata-kata yang berunsur negatif.
  • Install mesin K8 atau SD501 minum air sihat yang tinggi anti oksida untuk awet muda, sedekah air sihat setiap hari kepada jiran atau kenalan atau rakan sepejabat. Kenapa? Berbaik-baiklah dengan pihak ketiga. Banyak jodoh disyorkan oleh pihak ketiga... spt jiran, ahli keluarga, rakan dan kenalan.
  • Join group NGO yang sesuai dengan menyumbang sesuatu yang bermanfaat seperti wang ringgit, tenaga, buah fikiran dan lain-lain.
Moga-moga tips yang diberi dapat diamalkan. 

Sedikit pantun untuk mudah jodoh:

Daun pandan baunya wangi
Mudah tumbuh di mana-mana
Jika anda sedang mencari
Usah malu bertanya-tanya.

Daun pandan baunya wangi
Mudah tumbuh di mana-mana
Jika anda ingin dicintai
Hargailah jiran tetangga.

#jodohdimana-mana
#ikhtiarjodoh
#installmesinhariini
#gengsukasedekah

No comments:

Post a Comment