October 10, 2019

10 Gaya Hidup Sihat Perniagaan

Sumber Inspirasi: Never Give Up - Jack Ma in His Own Words.

1. "Kami percaya setiap syarikat perlu menjadi seperti Amazon. Amazon adalah perniagaan tradisional yang mempunyai laman web."

2. "Kami sangat mementingkan senyuman. Senyuman adalah budaya kami di Alibaba. Logo kami adalah senyuman. Apbila pekerja dan pelanggan pulang ke rumah mereka, saya mahu mereka sentiasa tersenyum. Walau pun saya tidak boleh ingat setiap wajah individu yang datang ke pejabat ini, namun saya kenal mereka adalah pekerja Alibaba melalui senyuman mereja."

3. "Kami menilai para kaki tangan berdasarkan dua standard, iaitu prestasi mereka dan semangat berpasukan. Mereka berprestasi tinggi tetapi tiada semangat berpasukan adalah 'anjing liar'. Manakala mereka yang ada semangat berpasukan tetapi berprestasi lemah adalah 'arnab putih'. Kami tidak mengambil 'anjing liar' atau 'arnab putih' sebagai pekerja. Pekerja kami mesti cemerlang ke dalam kedua-dua perkara itu."

4. "Kenal pasti perkara yang perlu dilakukan bagi mencapai impian. Kebiasaannya, kita terpaksa berundur sedikit dan melepaskan sesuatu. Kemudian, kita perlu bersedia bagi memberi sumbangan dan berkongsi dengan yang lain terutama pada saat-saat genting."

5. "Jangan cemburu pada syarikat besar. Syarikat kita adalah syarikat yang paling baik selagi kita berkongsi matlamat, misi dan nilai yang sama."

6. "Pekerjaan pertama adalah mengajar. Sekiranya saya tidak dapat kongsikan semua pengalaman pengurusan keusahawanan yang saya perolehi bertahun-tahun lamanya, ia adalah satu kerugiaan. Pada saya, semakin banyak perkara yang dikongsikan, ia akan menjadi lebih bernilai dan dihargai."

7. "Kami mahu memastikan perniagaan kami terus hidup selama 80 tahu."

8. "Kami orang China suka menyimpan wang. Kemungkinan besar, kami mempunyai deposit wang simpanan terbesar di seluruh dunia."

9. Sebaik sahaja nilai bersih kita melebihi satu jumlah tertentu, wang itu bukan milik kita lagi. Ia milik masyarakat. Ia adalah wang yang diberikan oleh masyarakat kepada kita...
Pada satu pagi, saya terbangun dan tertanya-tanya, 'Apakah tindakan saya selepas ini?"

10. "Saya tidak tahu apa-apa tentang komputer. Itu sebabnya saya sering kongsikan kata-kata ini dengan golongan muda. 'Sekiranya Jack Ma boleh berjaya, 80 peratus daripada kita juga boleh berjaya dengan bekerja keras."

dRSalam
011-2097 9928

#jackma
#usahawanpalingberpengaruhdiasia
#gayahidupsihatbisnes
#kangenwatermalaysia
#urusbisnes

No comments:

Post a Comment