September 23, 2019

Pantun Gaya Hidup Sihat

Orang Melayu amat berbudi
Pekerti mulia jadi sebutan
Jika anda nak hidup berkualiti
Maafkan semua segala kesilapan.

Orang kaya banyak wang
Dari kecil suka menyimpan
Jika anda nak seimbang
Banyak menyumbang pahala di hadapan.

Orang hebat suka berenang
Hujung minggu ternanti-nanti
Jika anda mahu tenang
Mulakan senyuman di awal pagi.

Bunga kantan kegemaran lelaki
Singgah membeli di ibu kota
Keluarga sihat lagi harmoni
Saling menghargai apa yang dikata.

Ulam raja semakin subur
Ditanam oleh si anak dara
Wahai manusia apa yang kau hulur
Sehingga hidup makmur tak terkira.

Bandar Sepang dipasang bendera
KLIA distinasi dunia bertemu
Wahai suami bila berbicara
Pandanglah wajah isterimu.

dRSalam

No comments:

Post a Comment