Perunding Kesihatan Komplementari



Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas utusan yang mulia, junjungan kami Nabi Muhamad SAW juga kepada ahli keluarga dan para sahabat baginda srkaliannya.

Semua penyakit ada ubatnya kecuali tua dan mati. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dari Allah Taala. Manusia hanya berusaha dan yang menyembuhkan ialah Allah tuhan sekalian alam.

Kami galakkan anda yang sakit pergi ke klinik dan hospital sebelum menggunakan pendekatan komplemantari. Mereka adalah pakar kesihatan dan tempat rujukan kita. Kita saling lengkap-melengkapi.

Jika pihak klinik atau hospital menyebut anda normal... Maka barulah datang ke pusat ruqyah yang patuh syariaah seperti Darussyifa, Darussalam dan lain-lain atau individu yang boleh dipercayaai. Mungkin anda terkena sihir atau gangguan jin syaitan yang terlaknat.

Pendekatan kami mengunakan air kangen yang diruqyahkan. Perlu buat temu janji untuk perundingan. Tiada bayaran yuran kecuali sumbangan ikhlas.

Jika mampu disyorkan membeli mesin kangen melalui kami jika belum memilikinya.

Semoga Allah Taala memberkati usaha kecil ini dan dengan harapan usaha ini dikira sebagai amal soleh untuk bekalan menuju akhirat yang kekal abadi.

Ikhlas dari saya,

dRSalam
8/Ogos/2019
7/Zulhijjah/1440


Comments

Popular Posts