Aidil Adha Simbol Pengorbanan dan Keyakinan Kpd Pencipta Agong









Alhamdulillah berita baik untuk surau al-Amin, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor. Kami dapat menjalankan program ibadat solat hari raya aidil adha hari ini dan korban lembu serta aqiqah sebanyak 10 ekor. 

Dalam masa yang sama majlis jamuan juga disediakan oleh penduduk Taman Mawar 2, Taman Mawar Perdana dan Taman Salak Perdana dan jiran2.

Harapan kita, program baik seperti ini dapat berterusan dan dapat mendidik ahli jemaah taman serta anak remaja bersama2 menghayati ibadat korban dan bergotong-royong bersama.

Apa yang paling menarik lagi... Anak-anak remaja bersama2 belajar melapah lembu, memotong dan memasak bersama-sama.


Sedikit pantun dari saya dRSalam:

Hujan gerimis di waktu pagi
Angin sejuk bertiup nyaman
KMS Welness amat memuji
Penduduk taman yang sanggup berkorban.

Hujan gerimis di waktu malam
Angin sejuk bagaikan di syurga
Keluarga KMS Wellness amat bersyukur
Kerana dapat korban bersama.

Comments

Popular Posts