March 20, 2019

Tanda Healing Crisis Selepas Minum kW

Mengapa Terjadi Krisis Pemulihan (Healing Crisis) ?

Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan, dan sebagainya.

Selepas kita minum... pasti ada perubahan.   Perubahan itu kita panggil Healing Crisis

Krisis pemulihan ialah suatu proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa pembersihan dan pembinaan semula. Sebagai sebahagian daripada proses pemulihan, badan seseorang akan mula menyingkirkan sisa toksik yang telah lama terkumpul di dalam badan selama bertahun-tahun.

Semasa proses penyingkiran toksik, badan anda akan mengalami tanda-tanda dan gejala tidak selesa, dan ini diiktiraf sebagai krisis pemulihan.

Bayangkan jika badan puan adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila puan masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip. Pada permulanya, lebih karat akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah dibersihkn, paip akan menjadi cantik dan bersih semula.

Adakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Suatu Petanda Yang Baik? 

Ya. Krisis pemulihan adalah satu petanda yang menunjukkan bahawa rawatan yang puan ambil, sememangnya berkesan.

Sesetengah orang mungkin fikir bahawa kesihatan mereka semakin teruk, tetapi sebaliknya ia adalah satu proses penyembuhan semulajadi dan ia sememangnya satu petanda yang baik untuk bergerak ke arah kepada proses penyembuhan yang sebenar.

Semua orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami krisis penyembuhan sejurus selepas pengambilan air Kangen, sementara yang lain hanya akan berlaku selepas satu atau dua bulan. Tahap keseriusan juga berbeza. Jika sistem badan lebih toksik, maka dia akan mengalami krisis pemulihan yang lebih berat.

Secara Umumnya, Berapa Lamakah Proses Pemulihan (Healing Crisis) Akan Berlangsung?

Ia bergantung kepada keadaan kesihatan individu. Ia boleh berlaku selama 2-3 hari atau 2-3 bulan.

Tanda Krisis Penyembuhan (Healing Crisis) dan Kemungkinan Punca

1. Keletihan, berasa mengantuk - Tubuh berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih

2. Sakit kepala, kepala terasa berat- Tekanan darah yang tinggi, tanda-tanda detoksifikasi

3. Demam, demam sedikit, keresahan - Metabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan

4. Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busuk - Tanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon

5. Kembung, perut bergas - Sistem penghadaman yang lemah

6. Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumur - Fungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah

7. Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berair - Fungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi

8. Hidung berdarah - Mungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah)

9. Sakit di bahagian otot dan sendi- Tubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit

10. Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejas - Proses penyembuhan semakin cepat

11. Insomnia atau hiperaktif- Sistem saraf yang lemah

12. Haid tidak teratur, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendir - Ketidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon

13. Pendarahan ketika membuang air besar - Mungkin buasir

14. Pening, lapar - Hipoglisemia (paras gula dalam darah yang rendah), anemia (tidak cukup darah merah)

15. Loya, sembelit, sedu - Sistem penghadaman lemah, masalah hati

16. Slight Edema (bengkak) - Masalah buah pinggang

No comments:

Post a Comment