February 27, 2019

Panduan Guna Daun Bidara Rawatan Sihir

Kaedah Buat Air Penawar/ Ruqyah Untuk Diri Sendiri Yang Harus Anda Tahu.


SEBELUM RUQYAH:

1) Niatkan air ini untuk dibuat ubat.

Air ini untuk diminum, untuk mandian dan juga sapuan.

2) Niatkan dan sebutlah tujuan untuk membuat air tersebut iaitu sebagai penawar dalam rawatan.

4) Bacalah al Fatihah dan Selawat

5) Adalah lebih baik untuk seseorang itu untuk mempunyai wuduk dan mengadap kiblat.


SEMASA RUQYAH:

1) Bertawakallah kepada Allah dan mohonlah daripadaNya untuk menjadikan air yang bakal dibacakan ayat suci al Quran ini sebagai air penawar.

“ Ya Allah, dengan keberkatan ayat suci al-Quran yang bakal aku bacakan ini, Kau jadikanlah air ini sebagai air penawar buat diriku ”

2) Ikhlaskan diri dan yakinlah dengan ayat Allah untuk menjadi penyembuh kepada sakit.

3) Baca ayat al Quran dan doa dengan tertib dan betul.(jika boleh difahami maknanya lagi baik)

Boleh baca ruqyah ringkas iaitu al Fatihah, ayatul Qursi, dan 3 Qul. Sebelum ruqyah, beristighfar dan selawat ke atas junjungan besar Nabi SAW.


SELEPAS RUQYAH:

1) Tiup ke dalam air (dengan niat sedang meniup bacaan al Quran yang dibacakan tadi)

2) Ingatlah, kita hanya ikhtiar hakikat kesembuhan milik Allah. Jika Dia berkehendak, InsyaAllah air itu akan menjadi penawar.

Apa yang saya dan HQ Bidara Syifa usahakan adalah menyediakan produk yang terbaik mudah-mudahan memberi impak untuk para pengguna. Kualiti sangat dititikberatkan. Syukur Alhamdulillah. Mohon doa dari semua agar dipermudahkan.

Sumber: Group Wasap Bidara Syifa

#penawarsihir

#gangguanmakhlukhalus

#perubatanislam

#bidarasyifa

#ionesdwater

#jombeliK8

No comments:

Post a Comment